Catatan Arab kurang jelas berkenaan asal usul perkataan Sayabiga ini kerana ia bukan berasal daripada bahasa Arab mahupun Parsi. Dalam catatan Arab dan Parsi mereka terkenal sebagai penanam padi dan penternak kerbau. Mereka tinggal di kawasan rawa atau kawasan penanaman padi di selatan Iraq dan Iran.
Kawasan Basra pada suatu masa dahulu terutama pada zaman kerajaan Sassanid, Bani Ummayyah serta Abbasiah pernah menjadi pembekal beras kepada seluruh Empayar Islam. Namun dari mana asalnya padi atau kerbau ini? Terdapat sarjana yang berpendapat bahawa padi dan kerbau telah dibawa masuk ke Iraq atau Basra oleh Puak Sayabiga. Namun siapa sebenarnya mereka?
Lihat: Penjelasan Sayabiga
Menurut buku ‘The Encyclopedia of Islam’ mereka ini adalah orang-orang rumpun Melayu dari kerajaan Srivijaya. Hal ini dapat menjelaskan unsur persamaan diantara perkataan Srivijaya dan Sayabiga. Perkataan Sayabiga itu sendiri adalah berakar daripada perkataan Arab/Parsi yakni Zabag. Perkataan Zabag pula dipercayai berakar umbi daripada perkataan Sanskrit untuk sebuah kaum yang dinamakan sebagai ‘Djavaka’ atau ‘Shavaka’ dalam sebutan Dravidian. Apabila dikaji petitih kuno dari India dan Sri Lanka maka kita akan mengetahui bahawa perkataan Djavaka/Jawaka/Shavaka adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu Alam Melayu atau merujuk secara khusus kepada penduduk dari Pulau Sumatera, Semenanjung, dan Pulau Jawa. Pendek kata ia merujuk kepada wilayah kekuasaan Kedatuan Srivijaya.
Apa yang menarik lagi adalah puak Sayabiga ini disebut dalam catatan Arab sebagai Sea Gypsy atau pelaut yang sangat handal dan penguasa kapal-kapal. Hal ini memang bertepatan dengan aktiviti maritim yang memang menjadi kepakaran masyarakat rumpun Melayu. Mereka memang terkenal sebagai ‘Orang Laut’ yang handal. Kehandalan mereka inilah yang menyebabkan mereka digaji oleh kerajaan Parsi Sasanid dan kerajaan Umayyah serta Abbasiyyah untuk menjadi warden, pengawal, polis dan tentera laut.
0 Response to "Sayabiga, Manusia Nusantara yang Bermukim di Timur Tengah era Persia dan Semasa Hidup Rasulullah"
Post a Comment